|
Berubah ke arah lebih baik.
Saturday, 29 November 2014 | 2:16 am | 0 Dancing Queen and Prince Says
Berubah. Satu perkara yang senang untuk kita ucap, tapi tak mudah untuk melakukannya. Actually, tak susah pun nak berubah ni tapi ia perlukn cara yng betul dan sedikit pergorbanan. Nak berubah kena kuat, pedulikan apa orang nak kata, yang penting kita istiqamah and bersabar.
“Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” - Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, akan dibukakan pintu ke arah-Nya”.
1) Jangan risau pandangan orang terhadap kita.
Memang dah jadi lumrah manusia, bila kita nak berubah ada je yang tak suka. Biarkan mereka, kita mulakan perlahan-lahan In Sha Allah lama-lama nanti meraka akan terima kita. Yang penting kata Allah, bukan kata diaorang.
2) Fokus kepada diri sendiri.
Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita lebih banyak menilai orang lain . Sibukkan dengan muhasabah dan memperbaiki diri terlebih dahulu.
3) Istighfar dan taubat .
Memohon selalu keampunan tuhan dengan menghadapkan hati dan diri kepadanya. Selalu buat taubat nasuha ye.
4) Amalan yang berterusan.
Kekal dan tambahkan amalan. Caranya : ikhlaskan hati dan mengikut contoh Rasulullah SAW.
5) Sampaikan kebaikan
Hidayah akan kekal dan berterusan jika kita menjadi agen penyampai amar maaruf nahi mungkar kepada orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang, bukannya kebencian atau keburukan dan kejahatan.
6) Cari kawan yang soleh (yang baik).
Pilih sahabat yang jujur dan akan membantu dan mengingatkan kita saat kita tergelincir. Jauhilah kawan yang boleh melekakan kita dengan keindahan duniawi.
7) Rajin mencari ilmu .
Kita perlukan ilmu untuk terus berada di jalan yang benar. Terus menggali ilmu daripada sumber sahih tanpa henti. Lebih banyak kita menimba ilmu, lebih banyak kita sedar yang sebenarnya selama ni banyak benda yang kita tak tahu.
8) Menjaga mata.
Tundukkan pandangan, kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan . Dengan cara ini kita secara tak langsung akan menjaga bicara dan hati kita juga dari mengata sesuatu yang tak kena pada jiwa kita.
Teruskan istiqamah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita. Walaupun setiap kali kita salah, kita sedar bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun. Bi Hifzillah! |