|
Adab tidur menurut Islam.
Friday, 8 February 2013 | 2:35 pm | 0 Dancing Queen and Prince Says
Berikut beberapa adab tidur yang sesuai dengan ajaran Islam sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W:
1.Berwuduk ketika hendak tidur “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710) 2.Membaca doa tidur Rasulullah S.A.W jika mahu tidur akan berdoa, “Bismika Allahumma Amut wa ahyaa” (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup). Bila bangun tidur pula berdoa, “Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur.” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali. “(HR. Muslim)Al-Bara ‘bin’ Azib ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan dan berdoa: Robbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu’ ibaadaka (Ya Robbi, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari kau bangkitkan seluruh hamba-Mu). “(HR. At Tarmidzi) 3.Miring ke sebelah kanan Dari al-Barra `bin Azib, Rasulullah S.A.W pernah bersabda,” Apabila kamu hendak tidur, maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan “. 4.Meletakkan tangan di bawah pipi sebelah kanan “Rasulullah S.A.W apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350) 5.Membaca surat surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas Aisyah ra. berkata: “Apabila Rasulullah S.A.W berbaring di tempat tidurnya, beliau kumpulkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Beliau mulai dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan daripada badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali. “(HR. At Tarmidzi) 6.Tidurlah di awal malam “Beliau S.A.W tidur di awal malam dan menghidupkan akhir malam.” (Mutafaq ‘Alaih)“Bahwasanya Rasulullah S.A.W membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235) 7.Tidak tidur dengan posisi telungkup “Sesungguhnya (posisi tidur telangkup) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih) 8.Berdoa ketika bangun tidur “Rasulullah S.A.W jika mahu tidur berdoa,” Bismika Allahumma Amut wa ahyaa “(Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup) Bila bangun tidur berdoa,” Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur. “(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali. “(HR. Muslim) 9.Mengusap Bekas tidur “Maka bangunlah Rasulullah S.A.W dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya” (HR. Muslim No. 763 (182) 10.Beristinsyaq, Beristintsaar dan bersiwak ketika bangun tidur Beristinsyaq dan Beristintsaar adalah menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan kembali air dari hidung.“Apabila Rasulullah S.A.W bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255)
Demikianlah Rasulullah S.A.W menunaikan hak-hak tidur yang telah diberikan Allah S.W.T kepadanya. Dan sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W, maka sudah sepatutnya umat Islam menunaikan nikmat tidur tersebut sebagaimana yang telah dicontohkan dan diajarkan oleh Rasulullah SAW.
p/s: Sumber - Google
|