Dia yang bernama sahabat.
Bismillahirrahmanirrohim dan Assalamualaikum . Okay hari ni mya nak cerita pasal sahabat , jom baca !
“Seandainya
engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama
kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa
terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang
kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari
ganti…” -Pakar Diari Hati-
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak
lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk
bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang
sifatnya seperti berikut :
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
Sekian ,cukuplah setakat ini . Me love you friend !
OLDER POST | NEWER POST