![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() Friday, 17 April 2015 | 7:52 am |
"Liya, kau pernah suka seseorang tak?" ![]() Teman ku bertanya. Teralih sebentar perhatianku untuk menikmati keindahan alam. "Adalah juga, tapi dah lama hilang perasaan tu. Kadang-kadang memang terasa ada sesuatu dalam hati, tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila jadi macamtu, aku doa je kat Allah" jawab ku. "Em, kau doa macam mana?" "Aku berdoa 'Ya Allah, kau tahu perasan ku terhadapnya kerana kau maha mengetahui. Jika sudah tertakdir jodohku dengan dia, kau peliharalah rasa suka ku terhadap dia ya Allah. Sebaliknya, jika aku tidak tetulis untuknya kau hilangkanlah rasa suka ku terhadap dia kerana Kau lah sebaik-baik perancang'." Hanya itu yang mampu aku jawab bagi menghilang gusar di jiwa temanku. "Nasib baik kau ada Liya, kalau tak mesti aku dah terlanjur mencintai untuk yang tak sepatutnya." Yang dinamakan hati, suka kepada seseorang. Itu dinamakan fitrah, kerana kita berada dialam remaja, alam yang paling mencabar. Ada sesetengah manusia menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu, inilah yang berlaku pada dunia akhir zaman sekarang. Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata sebenarnya cinta yang diilhamkan oleh tuhan untuk haiwan, iaitu Al-Farabi . Tak malu ke kita? Disamakan dengan haiwan? muhasabah diri. Sukakan seseorang, pendamkan saja. Fikir dulu, tak malu ke kita mencinta seseorang tanpa mencinta yang Maha Esa dulu? Bagaimana kita mahu mengetahui tanda-tanda kita mencinta Allah? Kalau cinta, rindu untuk bertemu. Bagaimana sikap kita ketika hendak bertemu dengan-Nya, iaitu solat. Kalau cinta, kita suka apabila disuruh. Dan bagaimana sikap kita sewaktu diperintah untuk menutup aurat. menjauhi zina dll? Tidak malukah kita, mencintai hambanya terlebih dahulu tanpa mencinta Dia. Andainya kita risau orang yang kita cintai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah siapa kita. Orang yang disukai itu bukan milik kita, tapi sebaliknya milik Dia yang maha esa. Ingatlah jodoh itu ketentuan Allah, kita sebagai hamba tak perlu bersusah payah memikirkannya. Apa guna bercouple, sedangkan orang yang kita cintai itu belum tentu jodoh kita. Elakkan kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Sesungguhnya cinta selepas berkahwin amatlah indah kerana apa yang haram dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip hati itu ibarat balang gula-gula'. Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu hijad. Tak perlu bercouple untuk menempiaskan fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurga-Nya. ![]() Saturday, 29 November 2014 | 2:16 am |
Berubah. Satu perkara yang senang untuk kita ucap, tapi tak mudah untuk melakukannya. Actually, tak susah pun nak berubah ni tapi ia perlukn cara yng betul dan sedikit pergorbanan. Nak berubah kena kuat, pedulikan apa orang nak kata, yang penting kita istiqamah and bersabar.![]()
“Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” - Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, akan dibukakan pintu ke arah-Nya”.
1) Jangan risau pandangan orang terhadap kita.
Memang dah jadi lumrah manusia, bila kita nak berubah ada je yang tak suka. Biarkan mereka, kita mulakan perlahan-lahan In Sha Allah lama-lama nanti meraka akan terima kita. Yang penting kata Allah, bukan kata diaorang.
2) Fokus kepada diri sendiri.
Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita lebih banyak menilai orang lain . Sibukkan dengan muhasabah dan memperbaiki diri terlebih dahulu.
3) Istighfar dan taubat .
Memohon selalu keampunan tuhan dengan menghadapkan hati dan diri kepadanya. Selalu buat taubat nasuha ye.
4) Amalan yang berterusan.
Kekal dan tambahkan amalan. Caranya : ikhlaskan hati dan mengikut contoh Rasulullah SAW.
5) Sampaikan kebaikan
Hidayah akan kekal dan berterusan jika kita menjadi agen penyampai amar maaruf nahi mungkar kepada orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang, bukannya kebencian atau keburukan dan kejahatan.
6) Cari kawan yang soleh (yang baik).
Pilih sahabat yang jujur dan akan membantu dan mengingatkan kita saat kita tergelincir. Jauhilah kawan yang boleh melekakan kita dengan keindahan duniawi.
7) Rajin mencari ilmu .
Kita perlukan ilmu untuk terus berada di jalan yang benar. Terus menggali ilmu daripada sumber sahih tanpa henti. Lebih banyak kita menimba ilmu, lebih banyak kita sedar yang sebenarnya selama ni banyak benda yang kita tak tahu.
8) Menjaga mata.
Tundukkan pandangan, kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan . Dengan cara ini kita secara tak langsung akan menjaga bicara dan hati kita juga dari mengata sesuatu yang tak kena pada jiwa kita.
Teruskan istiqamah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita. Walaupun setiap kali kita salah, kita sedar bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun. Bi Hifzillah! |